Masa turun tadi ikut tangga lain, masa naik balik ni pulak lalu tangga lain di beberapa bahagian. Masa naik tu lalu la kedai-kedai yang dok jual ayaq. Macam-macam jenis ayaq ada termasuk ayaq kelapa. Entah dari mana depa import kelapa ni.
Dok tengok ayaq oren dalam botol nampak menarik ja. Teringin jugak nak rasa jus Hallabong ni nak tengok rasa dia lagu mana. Selama dok Jeju 2-3 hari ni tak rasa lagi ayaq oren depa. Nak tengok padu ka tak padu.
Abang saja la buat-buat tanya ayaq oren Hallabong ni berapa satu botol kecik tak sampai 350ml tu. Harganya 3,000 Won! Haha. Dekat RM10.00 minum ayaq oren saja pagi-pagi ni.
Naik atas pulak teringin tengok jagung dia pulak. Jaging Jeju ni tengok luar biasa-biasa ja. Tak nampak kuning mana jagung dia. Tak macam jagung Malaysia. Abang suruhlah adik abang beli.
Tanya dia berapa duit. 2 batang jagung ni 3,000 Won jugak! Haha. Semua main RM10.00 tiap kali beli barang. Tu abang pesan jangan convert duit Malaysia. Nanti sakit hati.
![]() |
Abang nasihat siapa yang pernah pi Jeju tu tak payah beli la jagung dia. Tak sedap! Harga dekat 3,000 Won ni untuk 2 biji (RM10.60) Tak sama rasa macam jagung kita di Malaysia! Rasa makan jagung ni macam makan pulut ooo! |
Dalam sejam lebih macam tu kami dah naik atas balik tempat parking dari Air Terjun Jeongbang. Masa tu dalam pukul 11.00 pagi macam tu. Ingat nak terjah pi air terjun satu lagi yang ada dekat sini iaitu Cheonjiyeon Waterfall.
Tapi Cheonjiyeon Waterfall ni ada dekat-dekat hotel kami berhampiran dengan pekan Seogwipo. Nak pi pun kena patah balik jalan kaki pulak dalam 45 minit santai-santai. Sat lagi pukul berapa pulak nak sampai.
Kami batalkan hasrat tu dan perancangan untuk ke Cheonjiyeon Waterfall ditunda. Plan seterusnya yang baru terpikir ingat nak naik bas pi Sanbangsan Mountain.
Ada apa di Sangbangsan Mountain?
Sanbangsan Mountain ni merupakan sebuah gunung berhampiran Yongmeori Coast (abang tengok tak tinggi sangat, macam bukit) yang terletak di barat Pulau Jeju.
Sangbangsan ni terletak tak jauh dari laut. Jadi akan ada awan atau kabus yang menutupi puncaknya selalu. Gunung ni jugak boleh menjadi penanda ramalan cuaca. Kalau tengok macam berkabus tu tak lama lagi nak hujan la tu.
Di Sangbangsan Mountain ni ada tokong Buddha yang kita kena hiking panjat anak tangga sikit untuk sampai. Sikit tak sikit dekat 400 meter jugak. Kat atas ni sapa nak berdoa dan berhajat depa berdoa kat tokong Buddha ni.
Abang hiking naik tak? Tak pun. Hiking-hiking ni abang lemah sikit. Kalau jalan landai mahu ler. Hiks!
Sebelum tu macam mana nak pi Sanbangsan Mountain ni kalau dari Ayaq Terjun Jeongbang tadi?
Mula-mula bukak Google Maps. Cari sahaja destinasi yang kita nak pi tu. Contohnya Sanbangsan Mountain.
Pilih mode 'public transport' yang ada simbol tren tu. Tu maksud dia panduan kita untuk menggunakan pengangkutan awam. Google Maps akan tolong cari & tunjukkan bas apa yang sesuai untuk naik dan yang paling cepat sampai.
Nanti Google Maps akan tunjuk sekali bas nombor berapa nak naik dan kalau kena tukar bas, kat mana nak berhenti tu. hangpa tunjuk ja kat drebar bas Jeju ni depa confirm faham.
Kat mana nak cari internet & wifi? Di Jeju ni hangpa tak payah risau pasal internet. Di mana-mana sahaja ada wifi. Hatta dalam bas sekali pun. Semuanya percuma. Boleh la guna untuk buka Google Maps tu.
Macam abang hari tu abang naik bas nombor 600 (Airport Shuttle) dari Jeongbang Waterfall dengan tambang 3,000 Won dan kena tukar lagi satu bas nombor 201 dengan tambang 1150 Won. Jarak masa perjalanan jauh jugak ambik masa dekat 1 jam setengah kalau nak ikutkan.
Naik bas Airport Shuttle memang mahal sikit la. Kalau bas biasa tu murah dalam 1150 Won sahaja sekali naik tak kisah mana-mana destinasi.
![]() |
Naik bas Airport Shuttle nombor 600. Bas ni la yang kami naik masa mula-mula sampai Jeju hari tu. Naik dari Airport Jeju ke Seogwipo. Tak semestinya bas ni untuk ke Airport Jeju je. Boleh je naik kalau nak berhenti pekan mana-mana. |
![]() |
Bas Airport Shuttle nombor 600 ke Airport Jeju kosong tak ada orang pun waktu ni. Abang tahan bas ni kat jalan besar dekat dengan Air Terjun Jeongbang. |
![]() |
Turun tukar bas tengok ada kebun buah oren Hallabong. |
![]() |
Ni la dia buah oren Hallabong Jeju. Segar dari ladang lagi dok bergantungan atas pokok. |
![]() |
Sesuka hati ja masuk bergambar dekat ladang orang. Abang bukan kenal pun siapa tuan ladang ni. Tengok elok ja tepi jalan lepas turun bas. |
![]() |
Nasib baik tak petik je ni. Tangan dok gatal dah. Harammm! |
![]() |
Geng Oppa yang dok tunggu sekali bas. Depa pakai sempoi ja tak sejuk ka. Kena tukar bas pulak kat sini. Nak naik bas 201. |
![]() |
Macam biasa la kena guna kad T-Money nak naik bas kat Jeju ni. Satu kad boleh ja nak share dua orang. |
![]() |
Ahjumma sebelah dah lena. |
![]() |
Menghampiri Gunung Sanbangsan. Nampak laut sebelah kiri. |
![]() |
Cuaca tak berapa nak cerah hari ni. Baru lepas hujan. Kelam-kelam gitu. |
![]() |
Nak sampai Sanbangsan Mountai, kita akan nampak Yeongmeori Coast di sebelah pantai yang merupakan sebahagian dari Gunung Sanbangsan. |
![]() |
Nampak ada bus stop depan Gunung Sanbangsan? Turun dan naiklah bas dari sini. |
![]() |
Hatiku tertinggal di Jeju. Kerana ini abang suka naik bas. |
![]() |
Puncak Gunung Sanbangsan yang selalu diliputi kabus. Ni tanda dia nak hujan sat lagi nih. |
![]() |
Kami tak meronda di kawasan Gunung Sanbangsan. Kami turun ke bawah ke arah Yongmeori Coast. |
Yongmeori Coast ni merupakan sebahagian dari Gunung Sanbangsan dan terletak di kaki gunung Sanbangsan.
Kalau sekali tengok, nampak macam kepala naga terbenam di laut. Hah gittuh hasil kaji selidik aku.
Actually bentuk-bentuk naga ke, heksagon ke semua ni kejadian alam kesan dari letusan gunung berapi Halla berjuta tahun dulu. Hebatnya kuasa Allah SWT kan? Yongmeori Coast ni memang terkenal sebagai tumpuan pelancong sebab dia merupakan salah satu 7 natural wonders in the world. Dan selalu pelancong akan cari 'Gulbang' untuk bergambar.
Gulbang ni macam susunan batu-batu dan menyerupai bilik. Kalau nak tengok sea diver boleh lah ke sini dan selalunya lepas dorang menyelam, dorang akan jual hasil tangkapan di sini dan kita boleh makan mentah-mentah contohnya gamat laut. Erkkk..
kami turun ke bawah. Adik dan mak aku laju giler jalan sampai dorang terlepas kaunter tiket untuk masuk ke bahagian coastal tapi sebenarnya kaunter tu tutup. Takde rezeki kami nak masuk ke bahagian coastal. Dorang ada tampal memo bagitau yang ombak agak ganas dan laut bergelora so bahaya untuk untuk turun ke bahagian coastal. Patutlah angin agak kuat masa kami sampai. Anyway, tiket masuk ke Yongmeori Coast adalah sebanyak KRW2,000 seorang (bersamaan RM8). Takde rezeki masuk, kami berjalan ke kawasan siring pantai je. Memang kena pegang tudung sebab angin memang kuat.
Dalam perjalanan menghala ke Yeongmeori Coast, kita dapat tengok ada kedai-kedai di sepanjang jalan. Ada yang jual aiskrim, manisan, souvenior, dan macam-macam lagilah. Tapi banyak yang jual makanan & minuman. Ayaq oren Hallabong Jeju mesti ada.
Abang tertarik dengan sotong bakar yang abang jumpa di salah satu kedai. Nampak segar elok. Bau dia Ya Allah sedapnya. Dari jauh dah boleh bau. Sotong bakar ni dia bakar kosong ja tak ada letak perencah mahupun perasa. Tengok sotong pun boleh tahan besar. Tak salah abang la 6,000 ke 7,000 Won kalau setiap sekoq tu.
Dok pikir 2-3 kali nak beli ke tak. Akhir sekali pikir punya pikir tak beli pun.
![]() |
Kedai-kedai kecil di sepanjang perjalanan turun ke Yongmeori Coast di bawah. |
![]() |
Kedai jual bahulu sotong & ABC special |
![]() |
Hangpa ikut ja laluan sampai ke bawah ni. |
![]() |
Kedai jual sotong bakar yang abang cerita tadi. Ahjumma ni sorang ja yang jaga kedai & masak semua. |
![]() |
Ayaq jus Hallabong pior punya pun ada jual jugak. |
![]() |
Sotong bakar akan dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas bagi senang nak makan. Bau dia macam menarik. Abang dah meleleh ayaq liuq dah ni. |
![]() |
Atas sekali tu aiskrim Hallabong (dibuat dari buah oren Hallabong). Tengah ABC apa tu ada sotong kurita tu? Yang lain tu kuih bahulu sotong. |
![]() |
Kuih bahulu sotong agak popular jugak kat Gunung Sanbangsan menghala ke Yongmeori Coast ni. |
![]() |
Ni pulak aiskrim haiwan. Kat depan sana lagi kat replika kapal besar. |
![]() |
Nak masuk Yongmeori Coast tak boleh pulak petang ni sebab cuaca buruk. Angin & ombak kuat. Jadi kami dok meronda kawasan sekitar replika kapal “De Sperwer”. Di sini ada kedai cenderamata untuk hangpa beli souvenior & juga makan aiskrim. |
![]() |
Ni la aiskrim haiwan yang abang sebut tadi. Suka hati ja panggil aiskrim haiwan. Ni aiskrim ni comel sikit. Jatuh macho abang makan aiskrim macam ni woi! Satu ni 3,000 Won! Lebih RM10.00! |
![]() |
Serba salah sebenarnya nak tokak bahagian mata ka telinga dulu ni. Jarang lelaki macho macam abang makan aiskrim di khayalak ramai, ini boleh menjatuhkan kemaluan! |
![]() |
Macam mana boleh ada patung Guus Hiddink? Hangpa tau dak sapa Guus Hiddink ni? Hero Korea Selatan ni. Jurulatih yang telah membawa pasukan Korea Selatan meraih kedudukan ke-4 di Piala Dunia 2002 (masa tu Jepun & Korea Selatan tuan rumah bersama) |
![]() |
Ramai jugak di kawasan sekitar replika kapal De Sperwer ni. Mungkin sebab Yongmeori Coast tutup tak boleh masuk. |
Kami tak cadang pun pi Yongmeori Coast ni pada mulanya. Tapi dah lajak sampai sini baru tahu ni salah satu tarikan yang ada di Pulau Jeju ni.
Sayangnya tak boleh masuk hari ni. Ada papan tanda tertulis cuaca buruk dan ombak kuat. Jadi dia tak benarkan pelawat masuk. Bayaran untuk masuk ke Yongmeori Coast ni 3,000 Won tak salah abang.
Kami pun meronda la di kawasan replika kapal 'De Sperwer' yang terletak tak jauh dari pintu masuk Yongmeori Coast. Sebut betul-betul 'De Sperwer', salah sebut bunyi spender pulak kang.
Apa sinonimnya kapal “De Sperwer” (The Sparrowhawk) ni dengan Pulau Jeju?
Kapal yang asalnya daripada Belanda ni pernah karam berhampiran Pulau Jeju dulu masa tahun 1653 semasa dalam perjalanan ke Jepun. 36 orang terselamat termasuk seorang rakyat Belanda yang bernama Hendrick Hamel.
Siapa Hendrick Hamel?
Hendrick Hamel merupakan orang barat pertama yang menulis berkenaan dinasti Joseon di Korea sepanjang 13 tahun beliau berada di sana.
Lepas kapal karam, beliau & krew yang terselamat ditahan di Pulau Jeju sebelum dibawa ke Seoul. Raja yang berkuasa ketika itu tidak membenarkan beliau & krew kapal yang lain balik ke Belanda. Depa lari meloloskan diri ke Jepun sebelum jurnal pertama Hendrick Hamel diterbitkan pada tahun 1668.
![]() |
Barli ke gandum ni? Apabila coklat mencurah-curah ke ladang gandum jadilah Coco Crunch! |
Pernah tengok gambar iklan Airasia Jeju yang ada bunga carnola warna kuning tu berlatarkan sebuah bukit?
Tu la Gunung Sangbangsan.Di Gunung Sanbangsan ni ada ladang bunga carnola di bawah bukit. Nak pi ladang carnola ni kita ikut jalan ke Yeongmeori Coast. Nanti kita akan jumpa ada beberapa ladang bunga carnola di situ.
Bunga carnola ni dia ikut musim dia baru dia kembang mekar dengan warna kuning dia. Masa abang pi ni dah nak penghujung musim bunga. Yang tinggal pun yang saki baki ja.
Kalau pi musim dia memang penuh la bunga-bunga kat sini. Ladang-ladang kat sini biasanya akan mintak bayaran untuk kita masuk. Biasanya dalam 1,000 Won seorang.
Waktu abang pi hari tu dah petang dah. Tengok tak ada sapa pun yang jaga ladang pun. Abang & adik abang masuk je lah selamba bergambar dalam tu. Abang tengok ada jugak orang Korea lain dok dalam tu, jadi kami pun selamba la masuk.
![]() |
Ladang gandum ke barli ni? Abang bukan tahu beza. Ke rumput kering? Tengok serabut semacam je ni. |
![]() |
Ni la bunga carnola yang warna kuning ni. Dah hujung musim dah tu yang tak nampak banyak. Masa abang pi ni bulan Mei 2018. Penghujung musim bunga nak masuk musim luruh. |
![]() |
Comey budak Korea ni. Abang cubit pipi tu kang! |
![]() |
Di kawasan sekitar kaki Gunung Sanbangsan, terdapat banyak ladang-ladang carnola. Kena musim dia memang lawa. Ni pun tinggal saki baki ja ni. |
![]() |
Apabila cuba buat comel, ibarat puyuh di dalam semak. Adik abang la ni suruh buat gaya apa benda ni. |
![]() |
Itu dia gaya pandang belakang bajet-bajet tak nak nampak muka. Dok cari tuan ladang tak jumpa-jumpa pun. |
![]() |
Main masuk je ni ladang carnola orang. Tadi masa nak mai masuk ladang Hallabong orang. Ikut suka hati ja. Haha |
![]() |
Di kawasan sekitar ladang carnola ada tempat parking kereta untuk ke Yongmeori Beach. Di sini pun ada banyak jugak kedai-kedai yang menjual buah tangan Jeju. |
![]() |
Ada funfair ke ni? |
![]() |
Mana mai pulak ayaq nyoq! |
![]() |
Balik dari Yeongmeori Coast nak ke hentian bas, kami lalu laluan ni. Apa nama abang tak ingat tempat ni. |
![]() |
Bawah tu replika kapal 'De Spewer" tadi. Ni laluan tangga nak naik pulak. |
![]() |
Nampak macam tanjung depan tu? Depan tu la Yeongmeori Coast. Cuma kita tak boleh masuk hari ni. Cuaca kurang baik. |
![]() |
Kami cuba naik kat kawasan Sanbangsan Mountain depan hentian bas. Tu ada penunjuk arah untuk tokong Buddha kat atas. Nak pi tandas pun ada kat sini. |
![]() |
Pemandangan menghadap laut dari bawah Sanbangsan Mountain. Yang kita dok bergambar tadi tu di bawah sana. |
![]() |
Kalau hangpa naik bas, pastikan berhenti di hentian bas ni. Ada bus stop tulis 'Sanbangsan Mountain'. Nak balik pun tunggu bas kat sini. |
![]() |
Jadual bas di Jeju ni ada dipaparkan di setiap hentian bas. Bas akan datang tak lebih 15 minit. Depa tepati masa punya. |
![]() |
On the way balik ke pekan Seogwipo. Hari pun dah nak gelap. Rasa macam sekejap je satu hari dah habis dah kat Pulau Jeju ni. |
![]() |
Bas berhenti tepi jalan dekat jalan besar pekan Seogwipo ni. Kena jalan kaki balik Jeju R Hotel. Ada sungai kat bawah ni. |
Balik dari Gunung Sanbangsan kami dah tak tukar-tukar bas dah. Naik satu bas ja terus sampai pekan Seogwipo. Tambang bas cuma 1,150 Won. Sampai pun dah nak dekat-dekat Maghrib dah.
Malamnya pulak masing-masing bersemangat nak keluar jalan malam tu. Dah malam terakhir kan. Tak boleh keluar lewat-lewat sangat. Takut kedai tutup. Dah la kat jeju ni gelap awal. Pukul 6.00 dah gelap dah masuk Maghrib.
Kami pi meronda Maeil Olle Market macam malam pertama kami sampai Seogwipo. Masih meriah dengan orang ketika itu. Jumpa ada ahjumma jual wafel. Abang tak melepaskan peluang nak merasa makanan jalanan. Asal ada orang jual semua nak rasa.
![]() |
Balik mandi, malam keluar balik meronda pekan Seogwipo. Malam-malam nampak meriah jugak dengan penjual. |
![]() |
Ni ada waffle jual tepi jalan ni. Abang beli la satu cuba rasa. Dalam 1,500 Won macam tu. |
![]() |
Kedai jual coklat Jeju di Seogwipo Maeil Olle Market. |
![]() |
Orang perempuan suka la pencuci muka & bahan mekap kat Jeju ni. Ada banyak contohnya Innisfree. Murah kot sini. |
![]() |
Kedai jual jaket & baju sejuk. Pakaian dijual ikut musim kat Jeju ni. Nak masuk musim sejuk jual jaket. |
![]() |
Harga jaket pun takda la mahal mana. Kalau hangpa nak mai Jeju musim sejuk elok beli ja baju kat sini. Tak kalut nak beli kat Malaysia bawak mai. Mahal. |
![]() |
Baju sejuk pun takda mahal mana kalau convert duit kita. Dalam RM40-RM50 ja. |
![]() |
Abang sempat la beli seluar hiking dalam 10,000 Won (RM35.00) sehelai |
![]() |
Macam-macam jenis seluar hiking. Kualiti pun ok. |
![]() |
Dah penat berjalan, balik hotel semula. Tapi ni bukan hotel abang duduk la. Ni hotel mahal. |