Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 74

Ulasan Modenas Elegan 250i : Bagus Ke Skuter ni?

Salam satu belting ! Kalau hangpa biasa baca catatan abang, hangpa akan tau abang merupakan seorang penunggang skuter tegar.

Abang nak cerita mana satu pun tak tau sebenarnya ni. Ada dua dalam satu. Nak buat review pasal Modenas Elegan 250i dan pada masa yang sama nak cerita pasal tempat yang abang baru singgah baru-baru ni iaitu Suka Suki Lake Retreat.

Tapi oleh kerana dia berlaku sekali, maka abang cerita la dulu pasal sukter baru keluara Modenas iaitu Modenas Elegan 250i




Boleh la tengok dulu video abang dengan orang tua abang layan 'thousand corner' Malaysia, Ulu-Yam-Bukit Fraser-Bentong-Janda Baik-Jalan Gombak Lama dengan  skuter Modenas Elegan 250i bersama samseng jalanan Yamaha Y15ZR.

Orang tua abang pun cukup minat dengan kenderaan automatik dua roda bernama skuter ni. Dulu bagitau ja skuter jenama apa kami tak pernah rasa, kami pernah guna skuter Comel, Nitro, Demak & sebagainya. Tapi jenis-jenis skuter tu tak tahan lama !

Sat-sat rosak, sat sat rosak. Sekali repair dah berapa. Kalau hangpa rajin perhati kat jalan sekarang pun tak nampak dah skuter Comel tu. Pupus barangkali dah sekarang ni.

Abang pulak serius menggunakan skuter sejak zaman belajaq dulu. Ya, skuter Yamaha Nouvo LC tahun 2010 dulu tu la kenderaan utama untuk ke kelas di UiTM Shah Alam dulu.

Mula-mula memang abang dengaq cakap-cakap orang sebelum tu yang kata skuter ni manja. Sekejap rosak itu, sekejap rosak ini. Tapi mungkin ikut jenis skuter jugak kot. Kalau jaga elok tahan lama skuter ni.

Hangpa boleh baca catatan Review Yamaha Nouvo LC yang abang buat sebelum ni. Motor tu lah bawak pi kelas, motor tu lah bawak pi touring. Dah jauh dah skuter ni bawak abang merata ceruk satu negara. Kuala Kelawang, Bukit Tinggi, Jalan Gombak Lama, Genting semua abang dah tapau dah.
(Tiba-tiba bunyi ayat riak ni dah kenapa?)

Nak touring jarak jauh pun masih ramai orang takut nak bawak skuter, tapi abang dah buktikan ia bukan satu masalah.

Sampai sekarang skuter Yamaha Nouvo LC abang tu masih berkhidmat tanpa apa-apa masalah enjin. Janji semangat mau ada. Ni tak, kawan kelepet sikit kata skuter tak boleh jalan jauh la, takut belting putus la, terus kecut menikus tak jadi. Lalu, skuter selalu dijadikan bahan 'motor pakcik-pakcik ke masjid'.

Tiba-tiba pulak emo pasal skuter entah kenapa. Haha. Bukan nak cerita pasal Yamaha Nouvo LC tu pun sebenarnya.

Kali ini abang nak buat review sikit berkenaan dengan skuter Modenas Elegan 250i yang baru keluaq tahun 2017 ni.

Sebelum tu biaq abang terus terang. Ramai yang tanya abang mana Yamaha Nouvo LC? Dah jual ke? Motor tu masih ada. Orang tua abang dok guna buat pi kerja. Abang pulak pinjam motor orang tua abang melaram ke sana ke sini. Haha.

Modenas Elegan 250i ni siapa punya pulak? Bukan motor abang pun sebenarnya ni. Ni motor orang tua abang. Abang ni selalu dok pinjam motor orang tua abang je sebenarnya. Kalau hangpa perasan kalau catatan-catatan abang sebelum ni ada yang abang naik skuter SYM VTS 200 tu, motor orang tua abang jugak tu. Kerja dok pinjam harta pusaka orang tua ja abang ni. Huhu.

REVIEW MODENAS ELEGAN 250 2017

Nah boleh tengok dulu video review Modenas Elegan 250i yang abang jumpa di Youtube. Best jugak tengok dia buat review pasal skuter ni.




Sedikit ringkasan yang abang boleh buat berkenaan dengan Modenas Elegan 250i 2017 ni:

  • Kalau dilihat model Modenas Elegan generasi sebelum ni menggunakan enjin SYM, untuk Modenas Elegan 250i tahun 2017 ni pulak diambil daripada KYMCO, salah sebuah jenama yang gah dalam pembuatan skuter. Modenas Elegan 250i ni merupakan model terbaru daripada Modenas yang mana asalnya merupakan skuter maxi dari keluarga KYMCO X-Town.
  • Modenas hanya buat penjenamaan semula (rebadge) KYMCO X-Town ni. Enjin & semua komponen adalah dari KYMCO. Ada la sikit lambang 'M' Modenas kat cermin penghadang angin depan dan di handle tu. Kalau tengok & perhati betul-betul contohnya macam lampu memang semua cop KYMCO.
  • Walaupun diambil dari model KYMCO X-Town, hanya di pasaran Malaysia sahaja yang ada skuter KYMCO dengan kapasiti enjin 250cc ni. Asalnya yang ada hanya model KYMCO X-Town 300i & KYMCO Xciting 125i. Strategi mereka, rakyat marhaen yang tak ada lesen 'B Full' tu boleh la berpeluang bawak motor ni.
  • Modenas Elegan 250i ini hanya terdapat dalam dua variasi warna (betul ke ayat abang ni?) iaitu hanya ada warna putih dan hitam. Tapi kalau hangpa tengok motor orang tua abang macam dalam gambaq tu, kami dah koyak stiker-stiker asal yang ada di body tu. 
  • Enjin Modenas Elegan 250i dari KYMCO ni memang betul-betul 250 cc. Kalau hangpa tengok geran memang dia tulis 249.1cc. Tak macam SYM VTS 200 yang abang pernah guna, walaupun claim 200 cc tapi dalam geran sebetulnya cuma 170 cc.
  • Berapa harga pasaran Modenas Elegan 250i ni? Dia berbeza-beza mengikut kedai. Orang tua abang beli harga hutang RM14,800 on the road. Tapi satu je yang abang boleh cakap skuter ni stok tak ada ! Kalau booking pun kena tunggu 2-3 bulan. Nasib la kalau ada di kedai tu, tu pun dah ada orang yang punya.
  • Walaupun bukak bonet bawah seat nampak macam sempit, Modenas Elegan 250i ni kalau hangpa nak tau boleh letak dua biji helmet bawah seat dia. SYM VTS 200 pun boleh letak sebiji je helmet.
  • Macam mana penggunaan minyak untuk Modenas Elegan 250i ni? Kuat minyak ke? Kalau ikut pengalaman abang yang dah guna skuter ni 3-4 bulan, abang pernah ulang-alik Penang ke Kuala Lumpur. Abang isi minyak penuh di KL & isi balik penuh di Penang. Untuk jarak 360KM, skuter ni guna dalam RM 23+ untuk minyak RON 97. Jadi secara puratanya lebih kurang 6.3 sen/kilometer. Boleh la tu, bagi abang jimat la jugak.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Gambaq-gambaq teman orang tua abang bawak Modenas Elegan 250i pi ride layan kona Fraser Hill.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nanti abang buat catatan lain pasal ride'thousand corner' Malaysia ni. Nak cerita pasal Modenas Elegan 250i ja dulu untuk catatan ni.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Modenas Elegan 250i ni asalnya datang dengan stiker Modenas kiri kanan di body tu, tapi tak berapa mengancam. Tu yang kami cabut buang tu.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Muka puas hati dapat layan corner Fraser Hill dengan Modenas Elegan 250i.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Modenas Elegan 250i takat ni tak bawak banyak masalah. Mungkin baru lagi kot. Tunggu tengok la setahun dua lagi.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Modenas Elegan 250i dan Yamaha Y15ZR berhenti singgah pekena kopi kampungdi Janda Baik selepas seharian layan corner.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Modenas Elegan 250i ni dari depan nampak lebih 'sukan' dan garang.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Lampu belakang Modenas Elegan 250i berbentuk 'X' yang menunjukkan ia dari keluarga model KYMCO X-Town.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tayar depan dan belakang Modenas Elegan 250i satu saiz lebih besar berbanding SYM VTS 200. 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tayar belakang Modenas Elegan 250i lebih lebar dari SYM VTS 200. Jadi nak layan corner tu lebih confident.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kalau perasan Modenas Elegan 250i ni side mirror dia melekat sekali di handle macam kapcai biasa. Kalau SYM VTS 200 pulak side mirror dia melekat sekali di body.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Dengan harga lebih kurang RM14k+, Modenas Elegan 250i ni boleh dikatakan cukup berbaloi dengan harganya kalau nak banding dengan model skuter seangkatannya.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Modenas Elegan 250i touchdown Kampung janda Baik.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Modenas Elegan 250i ni buat masa sekarang susah nak tengok kat jalan sebab tak cukup stok. Yang dah booking pun kena tunggu 2-3 bulan. Tu yang abang nampak kelemahan ketara Modenas dalam 


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Maaf. Sori-sori termasuk pulak gambaq mee rebus Tapah.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Nampak tak logo Modenas besar-besaran kat tengah handle Modenas Elegan 250i tu?

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ni kat Terowong Menora ni. Gigih jugaklah ambik gambaq guna SJCAM yang abang simpan dalam poket tepi Modenas Elegan 250i ni.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Hujan lebat dalam perjalanan balik ke Penang. Saja ikut jalan lama dari Kuala Kangsar ke Gerik. Jumpa Suka-Suki Lake Retreat ni di Kampung Kelantan di Lenggong.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Parking Modenas Elegan 250i betul-betul depan rumah makan Suka-Suki Lake Retreat milik pakcik Aziz ni. Depa siap jamu kopi kat abang !

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Singgah sat kat Lata Kekabu dalam perjalanan balik dari Lenggong ke Penang.

Itulah sedikit sebanyak gambaq yang abang dapat tunjuk berkenaan Modenas Elegan 250i ni. Gambaq pun tak banyak stok. Ni pun jenuh godek cari kat telefon. Nanti lah bila abang ada masa abang ambik gambaq lain dan abang akan kemaskini balik catatan ni.

Nanti abang akan buat catatan lain berkenaan 'Ride Anak Beranak' layan corner Bukit Fraser & Janda Baik. Saja ja tunjuk gambaq je dulu ni.

Abang tahu mesti ramai yang tanya pasal rumah tradisonal lama yang ada di Suka-Suki Lake Retreat tu kan? Haa yang tu pun nanti abang cerita lain. Tak sempat nak menulis lagi ni.

Ni pun curi-curi masa sikit ni menulis waktu kerja. Haha.

Kalau ada apa-apa yang hangpa rasa perlu ditambah, hangpa komen lah kat ruangan di bawah catatan ni. Abang sedia mendengar. Huhu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 74

Trending Articles